Thursday, September 5, 2019

Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2019-2020 Online

Panduan buat pemohon Universiti Awam dan Politeknik serta Kolej Komuniti/ ILKA bagi sesi akademik 2019/2020 yang gagal mendapat tawaran pertama dan telah membuat permohonan rayuan. Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan rayuan UPU buat pemohon lepasan SPM dan STPM.

Untuk makluman, permohonan rayuan buat lepasan SPM/ setaraf akan dibuka sama dengan tarikh keputusan UPU diumumkan.


Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2019-2020 Online

  1. Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2019 telah diumumkan secara rasmi.
  2. Permohonan rayuan hanya layak dipohon oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.
  3. Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.

Tarikh Penting Permohonan Dan Keputusan Rayuan UPU 2019

  1. Permohonan rayuan Lepasan SPM/ Setaraf : 5 Mei 2019
  2. Semakan Keputusan Rayuan SPM/ Setaraf : 26 Jun 2019 (12 tengahari) – 5 Julai 2019 (11:59 malam)
  3. Permohonan rayuan lepasan STPM/ Setaraf : 31 Julai 2019 (12 tengahari) – 9 Ogos 2019
  4. Keputusan rayuan STPM/Setaraf : Fasa 1 : 26 Ogos 2019 & Fasa 2 : Minggu ketiga September 2019
Rayuan UPU online boleh dilakukan dengan cara melayari laman http://upu.moe.gov.my/web/ dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

Cara Semak Keputusan Rayuan UPU Sesi 2019/2020 Online

Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak secara online dan melalui SMS :-

  • B. Semakan Keputusan UPU 2019 Melalui SMS
    1. Universiti Awam dan Politeknik Premier
      • Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888
  • Maklumat Lanjut

    Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut tentang permohonan UPU:
    Selamat membuat Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2019-2020 Online. Semoga segala usaha anda membuahkan hasil yang lumayan.

No comments:

Post a Comment