Thursday, September 12, 2019

Mengandungi Gelatin Khinzir: Gula-Gula Susu “White Rabbit Creamy Candy” Sah Tidak Halal


BANGI – Gula-gula susu “White Rabbit Creamy Candy” yang diimport dari China disahkan mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, menjelaskan perkara tersebut dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.
Turut berkata memang terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.
Sebelum ini, status halal gula-gula yang popular bukan sahaja di China, malah di negara ini, sering menjadi perdebatan dan dipersoal di laman sosial. 
Ini terutama selepas jabatan agama sebuah negara jiran, mengesahkan gula-gula ini mengandungi bahan yang tidak halal. 
Fuziah mengingatkan masyarakat supaya lebih peka memilih makanan dan memandang serius aspek halal.

No comments:

Post a Comment