Difahamkan ia bagi mendapatkan perintah reman berhubung susulan laporan polis oleh Youtuber berkenaan yang mendakwa dicederakan.
Sementara itu berdasarkan sumber berkata, pasangan itu bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.
Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.
"Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.
"Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.
"Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan," katanya.
Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.
"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga," katanya.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment