Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, September 9, 2019

Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 2020/Asia 2023


Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari Selasa, 10 September 2019 jam 8.45malam di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2022. Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mendahului kumpulan G setelah menewaskan Indonesia 3-2 pada khamis lepas. 
Pasukan UAE mempunyai kelebihan kerana masih belum beraksi dalam mana-mana perlawanan. Walaupun Malaysia bermain di halaman sendiri tetapi perlu diingat bahawa pasukan yang berada di ranking 65 dunia ini sememangnya dijangka mudah melayakkan diri jika dilihat rekod diatas kertas. 
Pasukan bimbingan Bert van Marwijk tiba lebih awal di Kuala Lumpur bagi menghadapi persiapan menentang Malaysia. Pemain sandaran UAE, Omar Abdulrahman turut disenaraikan walaupun masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut. 

Skuad Harimau Malaya dijangka bakal menerima sorakkan penyokong tempatan setelah persembahan membanggakan di Jakarta. Pastinya para penyokong Malaysia mahukan lebih lagi daripada pemain-pemain seperti Mohamadou Sumareh, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, dan Norshahrul Idlan Talaha. 
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan, Malaysia gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini. Malah, UAE pernah memalukan Malaysia dengan jaringan besar 10-0 dalam pertemuan perlawanan kelayakan AFC Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada awal september 2015. Namun, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 17 November 2015 menyaksikan Malaysia tewas tipis 1-2 di gelanggan sendiri. Gol tunggal pasukan kebangsaan dijaringkan oleh pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar.
Selamat berjaya Harimau Malaya!!

Thursday, September 5, 2019

Malaysia Bangkit kalahkan Indonesia 3-2 Kelayakan Piala Dunia


PETALING JAYA: Malaysia bangkit menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta, malam ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pada awalnya ketinggalan 0-1 apabila penyerang Indonesia, Beto Goncalves menjaringkan gol pembukaan buat pasukan Garuda pada minit ke-12 dan gol ke-2 pada minit ke-39.

Ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama, skuad Harimau Malaya memulakan aksi lebih garang sebaik babak kedua bemula.

Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan pada minit ke-66, sementara Mohamadou Sumareh yang menjaringkan hol pertama pada minit ke-37, menyumbat gol kemenangan negara pada minit ke-97.


Malaysia kini mendahului kumpulan G dengan 3 mata, meninggalkan Thailand dan Vietnam yang memperolehi 1 mata dan Emiriyah Arab Bersatu di tempat ke-4.

Wednesday, September 4, 2019

Jadual kelayakan Piala Dunia 2020 / Piala Asia 2023


Berikut merupakan jadual kelayakan Piala Dunia 2020 / Piala Asia 2023 bagi negara kita, Malaysia. Semoga pasukan harimau Malaya berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Indonesia vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2022 5 September 2019


Selepas berjaya menewaskan Timor Leste pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia telah layak untuk mara ke pusingan kedua dan ditempatkan di balang undian ke-empat. Namun, Skuad Negara bakal berdepan cabaran besar apabila diundi berada dalam kumpulan G bersama-sama pasukan hebat iaitu UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Berada di posisi G4, perlawanan pertama bagi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 pasukan Malaysia adalah menentang Indonesia. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada hari Khamis, 5 September 2019, jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Menurut jurulatih skuad negara, perlawanan pertama dianggap penting kerana ia membantu dari segi motivasi dan keyakinan pemain.

Beraksi di gelanggan pihak lawan bukanlah satu alasan untuk tidak cemerlang. Justeru setiap pemain negara perlulah menunjukkan semangat yang tinggi dan fokus dalam memberikan persembahan terbaik serta tidak terlalu beremosi ketika menetang Indonesia. Meskipun terdapat beberapa insiden yang kurang baik pernah berlaku ketika perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia sebelum ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memberi jaminan keselamatan bagi perlawanan kali ini.
Skuad Harimau Malaya baru-baru ni tewas 0-1 ketika menentang Jordan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos 2019 lalu. Setelah menentang Indonesia, skuad negara akan meneruskan aksi kedua kelayakan kumpulan G dengan bermain di gelanggang sendiri menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September 2019. Sekiranya berjaya menamatkan saingan di kedudukan dua terbaik kumpulan, Harimau Malaya akan layak secara automatik ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 sekaligus mengesahkan tempat di Piala Asia 2023.