Showing posts with label Cuaca. Show all posts
Showing posts with label Cuaca. Show all posts

Wednesday, September 18, 2019

Cara Semak IPU terkini secara real-time APIMS

Indeks Pencemaran Udara Malaysia/ Air Pollutant Index of Malaysia
Di atas merupakan pautan untuk memeriksa indeks pencemaran udara yg terkini dan dikemaskini secara real-time. Di harap dengan bantuan ini, anda dapat memeriksa IPU di tempat masing-masing. Sama-samalah kita menjaga kesihatan semasa keadaan yang teruk ini.


Contoh bacaan dari website APIMS ini. Kalau dah merah tu maksudnya dah teruklah tu. Rujuk jadual IPU di bawah.


Semalam(17 Sept 2019) kerajaan mengumumkan sekiranya IPU mencecah 500 maka darurat akan diistiharkan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Di Malaysia, pencemaran udara atau jerebu dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Semakin besar nilai bacaan IPU, semakin tinggi tahap pencemaran udara atau jerebu. Fahami bacaan IPU di tempat anda berdasarkan jadual di bawah.

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan


Kesan-kesan atau implikasi yang mungkin dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit di bahagian dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan simptom seperti di atas.