Monday, September 9, 2019

Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 2020/Asia 2023


Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari Selasa, 10 September 2019 jam 8.45malam di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2022. Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mendahului kumpulan G setelah menewaskan Indonesia 3-2 pada khamis lepas. 
Pasukan UAE mempunyai kelebihan kerana masih belum beraksi dalam mana-mana perlawanan. Walaupun Malaysia bermain di halaman sendiri tetapi perlu diingat bahawa pasukan yang berada di ranking 65 dunia ini sememangnya dijangka mudah melayakkan diri jika dilihat rekod diatas kertas. 
Pasukan bimbingan Bert van Marwijk tiba lebih awal di Kuala Lumpur bagi menghadapi persiapan menentang Malaysia. Pemain sandaran UAE, Omar Abdulrahman turut disenaraikan walaupun masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut. 

Skuad Harimau Malaya dijangka bakal menerima sorakkan penyokong tempatan setelah persembahan membanggakan di Jakarta. Pastinya para penyokong Malaysia mahukan lebih lagi daripada pemain-pemain seperti Mohamadou Sumareh, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, dan Norshahrul Idlan Talaha. 
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan, Malaysia gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini. Malah, UAE pernah memalukan Malaysia dengan jaringan besar 10-0 dalam pertemuan perlawanan kelayakan AFC Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada awal september 2015. Namun, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 17 November 2015 menyaksikan Malaysia tewas tipis 1-2 di gelanggan sendiri. Gol tunggal pasukan kebangsaan dijaringkan oleh pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar.
Selamat berjaya Harimau Malaya!!

No comments:

Post a Comment