Seringkali kita akan mendapat mesej seperti di bawah: Protected View, Be careful- files form the internet can contain viruses. Unless you need to edit, it's safer to stay in Protected View.
Mesej yang sering kali dipaparkan semasa membuka fail yang ada, kes ini saya hadapi apabila mula menggunakan Office365 |
Kadang-kadang file yang kita ingin buka itu ada file sendiri yang bukan dari internet tetapi di dalam hardisk atau pendrive kita sendiri, tetapi mesej tersebut tetap juga keluar, dan apabila hendak save pula keluar lagi mesej mengatakan ia tidak dapat disave kerana file tersebut ialah read only. Aik sejak bila pula kita set dia read only. Pelik bin ajaib kan.
Mesej tidak boleh save kerana fail adalah read only, leceh betul |
1. Kaedah paling mudah dan selamat untuk mengatasi masalah ini adalah dengan hanya mengklik butang Enable Editing, setiap dokumen, semasa anda membuka fail Excel (atau pejabat Microsoft lain) yang telah dimuat turun. Leceh lah setiap kali hendak buka file kena klik begini kan?
2. Sebagai pilihan, anda boleh memilih untuk mematikan ciri Protected View dalam Excel sehingga anda tidak lagi menerima amaran setelah membuka fail Excel yang telah dimuat turun. Di Excel pergi ke File > Options > Trust Center > Trust Center Settings > Protected View, dan kemudian hapus uncheck diaktifkan Protected View Diaktifkan untuk fail yang berasal dari Internet.
Klik Options-Trust Center-Trust Center Settings |
Terdapat juga, dalam Trust Center Settings, Macro Setting yang boleh anda gunakan untuk mengaktifkan Semua Makro secara lalai. Ketahuilah bahawa mengaktifkan ciri ini membolehkan kod yang berpotensi berbahaya dijalankan.
Pilihan untuk enable/tidak enable Protected View |
Sekiranya salah satu daripada tetapan Trust Center ini diubah, anda perlu berhati-hati dengan fail Excel yang dibuka.
Itu sahaja untuk kali ni. Terima kasih semua ya.
No comments:
Post a Comment