Wednesday, July 22, 2020

Suami Youtuber terkenal direman 3 hari, disyaki pukul Isteri (Masih dalam siasatan)


SUAMI kepada seorang Youtuber masakan terkenal dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.
Difahamkan ia bagi mendapatkan perintah reman berhubung susulan laporan polis oleh Youtuber berkenaan yang mendakwa dicederakan.
Sementara itu berdasarkan sumber berkata, pasangan itu bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.
Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.
"Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.
"Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.
"Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan," katanya.
Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.
"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga," katanya.
Sumber : Harian Metro

Thursday, July 16, 2020

Cara bagaimana untuk "Disable Protected View in Microsoft Excel"

Seringkali kita akan mendapat mesej seperti di bawah: Protected View, Be careful- files form the internet can contain viruses. Unless you need to edit, it's safer to stay in Protected View.

Mesej yang sering kali dipaparkan semasa membuka fail yang ada, kes ini saya hadapi apabila mula menggunakan Office365

Kadang-kadang file yang kita ingin buka itu ada file sendiri yang bukan dari internet tetapi di dalam hardisk atau pendrive kita sendiri, tetapi mesej tersebut tetap juga keluar, dan apabila hendak save pula keluar lagi mesej mengatakan ia tidak dapat disave kerana file tersebut ialah read only. Aik sejak bila pula kita set dia read only. Pelik bin ajaib kan.

Mesej tidak boleh save kerana fail adalah read only, leceh betul
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini:

1. Kaedah paling mudah dan selamat untuk mengatasi masalah ini adalah dengan hanya mengklik butang Enable Editing, setiap dokumen, semasa anda membuka fail Excel (atau pejabat Microsoft lain) yang telah dimuat turun. Leceh lah setiap kali hendak buka file kena klik begini kan?

2. Sebagai pilihan, anda boleh memilih untuk mematikan ciri Protected View dalam Excel sehingga anda tidak lagi menerima amaran setelah membuka fail Excel yang telah dimuat turun. Di Excel pergi ke File > Options > Trust Center > Trust Center Settings > Protected View, dan kemudian hapus uncheck diaktifkan Protected View Diaktifkan untuk fail yang berasal dari Internet.
Klik Options-Trust Center-Trust Center Settings

Terdapat juga, dalam Trust Center Settings, Macro Setting yang boleh anda gunakan untuk mengaktifkan Semua Makro secara lalai. Ketahuilah bahawa mengaktifkan ciri ini membolehkan kod yang berpotensi berbahaya dijalankan.
Pilihan untuk enable/tidak enable Protected View

Sekiranya salah satu daripada tetapan Trust Center ini diubah, anda perlu berhati-hati dengan fail Excel yang dibuka.

Itu sahaja untuk kali ni. Terima kasih semua ya.